DEFINISI TERJEMAHAN
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum semua. Kuliah ketiga kali ni bertajuk Definisi Terjemahan. Dalam kuliah ni, kita dapat lihat terdapat pelbagai definisi terjemahan dari ramai tokoh sasterawan. Contohnya kawan-kawan, dari Nida dan Taber. " Terjemahan adalah menghasilkan padanan natural yang paling dekat dengan teks bahasa sumber ke dalam bahasa sumber penerima. Pertama dari segi maknanya dan kedua dari segi gayanya" . Dr Maheram ada cakap kita semua ni perlu belajar bahasa Inggeris sebab zaman sekarang ni semua pakai bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi masa interview kerja. Selain tu jugak ustazah ada sebut pentingnya untuk kita menterjemah ni sebab kita perlu berinteraksi. Bayangkan macam mana kita nak berinteraksi dengan orang lain kalau kita tak faham bahasa orang lain? Seterusnya, dalam kuliah ni jugak kita dapat tahu apakah syarat asas untuk membolehkan kita menterjemah. Iaitu sekurangnya kita kena tahu dua bahasa. Kita jugak perlu menguasai...