DEFINISI TERJEMAHAN


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua.
Kuliah ketiga kali ni bertajuk Definisi Terjemahan.  Dalam kuliah ni, kita dapat lihat terdapat pelbagai definisi terjemahan dari ramai tokoh sasterawan. Contohnya kawan-kawan, dari Nida dan Taber.  " Terjemahan adalah menghasilkan padanan natural yang paling dekat dengan teks bahasa sumber ke dalam bahasa sumber penerima. Pertama dari segi maknanya dan kedua dari segi  gayanya". Dr Maheram ada cakap kita semua ni perlu  belajar bahasa Inggeris sebab zaman sekarang ni semua pakai bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi masa interview kerja. Selain tu jugak ustazah ada sebut pentingnya untuk kita menterjemah ni sebab kita perlu berinteraksi.  Bayangkan macam mana kita nak berinteraksi dengan orang lain kalau kita tak faham bahasa orang lain? Seterusnya, dalam kuliah ni jugak kita dapat tahu apakah syarat asas untuk membolehkan kita menterjemah. Iaitu sekurangnya kita kena tahu dua bahasa. Kita jugak perlu menguasai bahasa ibunda kita dan bahasa sasaran iaitu bahasa yang ingin diterjemah. Haaaa ada beberapa lagi syarat lain yang perlu kita tahu. Selamat membaca.

                                          Image result for definisi terjemahan
Sebagai tambahan, sebagai pelajar yang mempelajari subjek terjemahan ini, kita perlulah mengetahui dari manakah datangnya perkataan 'terjemah'. Apakah yang dimaksudkan dengan terjemah. Gambar di atas saya kongsikan sebagai sedikit perkongsian tentang terjemahan.

InshaaAllah itulah sedikit perkongsian saya untuk tajuk ini. Maaf dipinta sekiranya terdapat kesalahan. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk kita semua. Wallahua'lam. Assalamualaikum semua. Jumpa lagi lain hari.

ASNA HAYANI BINTI ANUAR
A167788

Comments

Popular posts from this blog

LARAS BAHASA

PADANAN TERJEMAHAN

KULIAH PERTAMA