Posts

Showing posts from May 5, 2019

PADANAN TERJEMAHAN

Image
Seperti tajuk yang tertera di atas, semua pasti tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan PADANAN TERJEMAHAN tu? Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981) • penterjemahan ialah kerja mencari padanan paling tepat dan sesuai dengan makna asal bagi dalam teks sumber agar makna asal berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran . KONSEP PADANAN • Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap mustahil. • Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan. • Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan. PADANAN TERJEMAHAN • diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik  • usaha untuk mendapatkan terminologi yang lebih berotonomi NIDA (1964) • 4 jenis padanan dalam penterjemahan: 1. satu lawan satu 2. satu lawan banyak 3. banyak lawan satu 4. satu lawan tiada • padanan formal =  Penterjemah menghasilkan semula bentuk da...

APRIL 23, 2019

Heyyo gais πŸ₯° ! Ni dah masok minggu ke 9 tau . Maka pada mereka yang bergelar mahasiswa/i pasti akan merasakan minggu-minggu penghujung ni sebagai minggu yang penat 🀧😡πŸ₯΄ dan terpaksa marathon untuk esaimen dengan sehabis baik sebelum final exam berlangsung . Moga Allah SWT mudahkan urusan kita semua InsyaAllah πŸ€²πŸ’– . Untuk pengetahuan semua, kuliah kalini agak berlainan sedikit berbanding kuliah sebelom² ini dimana pada kuliah sebelum² ni slide dibentangkan oleh pensyarah sendiri tetapi pada minggu ini slide pensyarah dibentangkan oleh pelajar yang bertuah . Seramai 6 orang pelajar telah dipilih untuk membentangkan tajuk pada kali ini πŸ‘πŸΏπŸ’₯ . Sistem pembelajaran sebegini akan terus berlangsung sehingga lah minggu terakhir kuliah ( weeks 14 ) Pada pendapat saya , sistem ini sebenarnya membantu pelajar untuk membina kekuatan diri πŸ’ͺ😁 dalam memberi pengucapan dihadapan khalayak ramai tanpa ada rasa malu dalam diri . Selain itu, dengan cara ini secara tidak langsung bahagian yang...

LARAS BAHASA

Image
Assalamualaikum semua. Semoga semuanya masih bersemangat nak baca blog pembelajaran ni. Minggu ni "Laras Bahasa" menjadi tajuk yang dipelajari. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam tajuk ini. KONSEP LARAS BAHASA Laras didefinisikan sebagai  kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan seharian .Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa itu berlangsung. Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan atau barat dapat dirumuskan bahawa  laras bahasa yang berbeza bentuk dan penggunaanya mengikut situasi tertentu dang bidang tertentu Faham tak kawan-kawan? Baiklah. Untuk pengetahuan, laras bahasa perlu digunakan dengan betul tau kawan-kawan. Misalnya, kita bertemu dengan seorang bangsawan atau orang ternama. Maka, kita perlu menggunakan pertuturan yang setaraf dengannya. Mungkin dengan panggilan tuan atau puan adalah lebih baik berbanding deng...