K A E D A H ‼️

Assalamualaikum dan hai 👐🏻

Kuliah ke-4 yang telah kami pelajari pada harini ini adalah ‘Jenis dan Kaedah Terjemahan’. Terjemahan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Tulisan dan Penulisan.

Kaedah terjemahan adalah berdasarkan kepada jenis teks yang diterjemahkan iaitu terjemahan yang berbentuk Teks Ilmiah dan Teks Sastera.

TEKS ILMIAH 📚
- juga disebut sebagai ‘factual text’
- majalah, surat khabar, quran dan hadis merupakan antara contoh bagi teks ini
- ciri teks ini mestilah ringkas, sederhana, wajar, jelas dan tidak mengelirukan

*wajar =  boleh diterima oleh akal dan rasional
*mengelirukan = menyesatkan dan memudaratkan pembaca

TEKS SASTERA 📝
- berdasarkan kepada kesenian dan kesusasteraan
- contoh: terjemahan prosa, video, filem, cerita bergambar, opera
- puisi melayu: pantun, gurindam, sajak, seloka, syair
- ciri-ciri bagi teks ini adalah setia dengan teks asal dan isi, bentuk serta kesan juga perlu dijaga

Wallahua’lam 🌈

Posted by: Nurul Farahana Binti Azman (week 5)

Comments

Popular posts from this blog

LARAS BAHASA

PADANAN TERJEMAHAN

KULIAH PERTAMA