Posts

Showing posts from May 12, 2019

Penterjemahan Al-Quran

Image
Assalamualaikum dan salam minggu ke-12 buat semua pembaca πŸ‘πŸ» DEFINISI TERJEMAHAN  ‼️ • mengungkap makna teks asal dengan kata lain dalam bahasa kedua secara jujur kepada semua makna dalam teks pertama MENTERJEMAH AL - QURAN  πŸ”Ž • dilakukan sehingga kini • penting kepada umat Islam yang kurang menguasai bahasa arab • sebagai alat bantu untuk faham makna al-Quran • salah satu cara berdakwah • menyumbang kepada perkembangan Islam HUKUM MENTERJEMAH AL - QURAN  ⚠️ HARAM ❌ • al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain melainkan bahasa arab • al-Quran dan susunannya mu’jiz. Jadi ia tidak boleh diterjemahkan • ulama’ yang menentang: Qattan & Rashid Rida • rasulullah dan sahabat tidak pernah menterjemah al-Quran • terjemahan harfiyyah @ tafsiriyyah   HARUS ✔️ • ulama’ yang mengharuskan = al - Zarqani & al - Shatibi & al - Zamakhshari • al-Quran ialah sumber rujukan - perlu diterjemah untuk difahami okeh bangsa lain ...

MAKNA DALAM TERJEMAHAN

Image
 Assalamualaikum semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria. Syukur masih diberi peluang dan kesempatan untuk menghadiri kelas Terjemahan yang sangat sarat dengan ilmu ni.  Tajuk kali ni merupakan sambungan dari tajuk minggu lepas. Dapat kita lihat di sini, makna dalam sesuatu terjemahan mempunyai lapan jenis. Iaitu, makna rujukan, makna leksikal, makna gramatikal, makna konteks, makna sosio-kultural, makna konotasi, makna emosi dan juga makna figuratif.  Sebagai contohnya, saya akan menerangkan sedikit tentang makna emosi.  Haa kawan-kawan. Emosi juga adalah makna. Bermaksud, ianya mesti diterjemahkan dengan betul. Seperti: madu, babi, lembu dan anjing. Emosi akan menjadi makna yang sensitif apabila seseorang yang ada hubungan dengan perkataan ini, keadaan apabila menggunakan sesuatu emosi dan juga suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu. Baiklah semua. Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi. ...

* PADANAN TERJEMAHAN*

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji-pujian kita ucapkan kepada Allah kerana masih diberi nikmat untuk berada dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa diucapkan. Semoga semua amalan kita diterima Allah inshaaAllah. Baiklah. Pada minggu ini, kita meninjau tajuk yang agak penting dalam terjemahan iaitu 'Padanan Terjemahan'.  Untuk pengetahuan semua, dalam bab kali ini kita dapat lihat bahawa penterjemahan itu ialah kerja padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran. Apa itu PADANAN? Haa kata ringkasnya ialah apabila kita hendak menterjemah sesuatu teks, kita menyamakan sesuatu perkataan atau makna dalam teks sumber kepada teks sasaran. Kawan-kawan sekalian, untuk mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil. Makanya, kita sebagai seorang penterjemah perlu bijak bertindak mencari pad...