Assalamualaikum semuaaaa๐๐๐ Dah kembali ke asal usul ni, makin sibuk la rakyat jelata UKM. Bagaimanapun, tahu tak minggu ni ustazah ajar bab apa?๐. Haaa tengok tajuk balik. Minggu ni kami belajar macam mana nak terjemah fungsi ayat. Nampak macam senang. Hakikatnya tak senang kawan-kawan. Bila nak jadi penterjemah yang baik ni, setiap ayat tu kita kena tafsirkan, apakah fungsinya. Apakah bentuknya. Contohnya kan kawan-kawan semua... Boleh ambilkan saya secawan teh? Haaa dalam ayat tu ada tanda soal kan? Tetapi, ayat tersebut membawa fungsi suruh bukanlah suatu pertanyaan. Haaa banyak lagi contoh. Gambar dekat bawah ada menjelaskan serba sedikit apa yang terkandung dalam bab ni. Boleh la baca. Selain itu juga kawan-kawan sekalian, kita bukan sahaja perlu mengetahui apakah bentuk dan fungsi ayat apabila ingin menterjemah. Tetapi kita juga harus mengenal pasti makna fungsi bagi setiap ayat yang ingin diterjemahkan. Makna ayat ada 3 jenis: 1. Ayat maklumat: Berfungsi sebagai...