Assalamualaikum semua. Semoga semuanya masih bersemangat nak baca blog pembelajaran ni. Minggu ni "Laras Bahasa" menjadi tajuk yang dipelajari. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam tajuk ini. KONSEP LARAS BAHASA Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan seharian .Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa itu berlangsung. Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan atau barat dapat dirumuskan bahawa laras bahasa yang berbeza bentuk dan penggunaanya mengikut situasi tertentu dang bidang tertentu Faham tak kawan-kawan? Baiklah. Untuk pengetahuan, laras bahasa perlu digunakan dengan betul tau kawan-kawan. Misalnya, kita bertemu dengan seorang bangsawan atau orang ternama. Maka, kita perlu menggunakan pertuturan yang setaraf dengannya. Mungkin dengan panggilan tuan atau puan adalah lebih baik berbanding deng...
Seperti tajuk yang tertera di atas, semua pasti tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan PADANAN TERJEMAHAN tu? Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981) • penterjemahan ialah kerja mencari padanan paling tepat dan sesuai dengan makna asal bagi dalam teks sumber agar makna asal berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran . KONSEP PADANAN • Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap mustahil. • Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan. • Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan. PADANAN TERJEMAHAN • diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik • usaha untuk mendapatkan terminologi yang lebih berotonomi NIDA (1964) • 4 jenis padanan dalam penterjemahan: 1. satu lawan satu 2. satu lawan banyak 3. banyak lawan satu 4. satu lawan tiada • padanan formal = Penterjemah menghasilkan semula bentuk da...
P.E.R.T.A.M.A๐ First posting by: Asna Hayani Binti Anuar(A167788) Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT buat semua pembaca๐ค Untuk pengetahuan semua, kami sebagai pelajar dari kos Pengajian Arab dan Tamadun Islam,UKM semester 2 sesi 2018/2019 diminta untuk menubuhkan sebuah blog di bawah subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1. Tugasan ini diberikan ketika kuliah pertama kami bermula. Alhamdulillah๐ diberikan seorang tenaga pengajar yang sangat lucu dan sejiwa dengan kami inshaaAllah. Kuliah pertama berjalan dengan sangat baik dek kerana gelagat pensyarah kami yang comel orangnya. Kami juga didedahkan dengan serba sedikit tentang latar belakang beliau dan juga beberapa minit untuk sesi taaruf. Kuliah seterusnya pada hari Isnin ini. Tak sabar rasanya nak belajar subjek baharu bersama pensyarah yang menarik orangnya๐. Nantikan posting dari kami tentang apa yang kami pelajari dalam kuliah nanti. InshaaAllah. Jumpa lagi๐ค. Sekian.
Comments
Post a Comment