MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Assalamualaikum semuaaaa😍😍😍


Dah kembali ke asal usul ni, makin sibuk la rakyat jelata UKM. Bagaimanapun, tahu tak minggu ni ustazah ajar bab apa?👀.  Haaa tengok tajuk balik. Minggu ni kami belajar macam mana nak terjemah fungsi ayat. Nampak macam senang. Hakikatnya tak senang kawan-kawan. Bila nak jadi penterjemah yang baik ni, setiap ayat tu kita kena tafsirkan, apakah fungsinya. Apakah bentuknya. Contohnya kan kawan-kawan semua... Boleh ambilkan saya secawan teh? Haaa dalam ayat tu ada tanda soal kan? Tetapi, ayat tersebut membawa fungsi suruh bukanlah suatu pertanyaan. Haaa banyak lagi contoh. Gambar dekat bawah ada menjelaskan serba sedikit apa yang terkandung dalam bab ni. Boleh la baca. Selain itu juga kawan-kawan sekalian, kita bukan sahaja perlu mengetahui apakah bentuk dan fungsi ayat apabila ingin menterjemah. Tetapi kita juga harus mengenal pasti makna fungsi bagi setiap ayat yang ingin diterjemahkan. Makna ayat ada 3 jenis:
1. Ayat maklumat: Berfungsi sebagai memberi maklumat. Ayat maklumat adalah yang paling mudah untuk dikenal pasti. Tujuan ayat ini adalah untuk menyampaikan sesuatu. Contoh ayat: Kelas hari ini dibatalkan.

2. Ayat arahan: Mempunyai cara tersendiri untuk sampaikan sesuatu. Misalnya, " Can you open the door?". Walaupun terdapat tanda soal pada ayat tersebut, ianya bukanlah ayat pertanyaan tetapi ianya merupakan ayat suruhan. Maka terjemahannya adalah seperti ini, " Tolong bukakan pintu itu." 

3. Ayat perasaan: Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Maka, ianya wajib disalin semula dalam terjemahan. Dalam ayat perasaan tidak ada maklumat atau suruhan untuk melakukan sesuatu. Contohnya seperti ayat sumpah. " Aku sumpah kau jadi batu".  

Setakat itu sahaja perkongsian untuk minggu ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Semoga kita diberikan pahala atas jihad menuntut ilmu ini InshaaAllah. Semoga juga, Dr Maheram dan pensyarah kita yang lain diberikan ganjaran syurga kerana telah banyak memberikan ilmu buat kita semua. Aaamin ya rabbal alamin. Assalamualaikum semua🙂. Jumpa di episod akan datang. 

Asna Hayani binti AnuarA167788

Comments

Popular posts from this blog

LARAS BAHASA

PADANAN TERJEMAHAN

KULIAH PERTAMA