* PADANAN TERJEMAHAN*
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji-pujian kita ucapkan kepada Allah kerana masih diberi nikmat untuk berada dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini
Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa diucapkan. Semoga semua amalan kita diterima Allah inshaaAllah. Baiklah. Pada minggu ini, kita meninjau tajuk yang agak penting dalam terjemahan iaitu 'Padanan Terjemahan'. Untuk pengetahuan semua, dalam bab kali ini kita dapat lihat bahawa penterjemahan itu ialah kerja padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran. Apa itu PADANAN? Haa kata ringkasnya ialah apabila kita hendak menterjemah sesuatu teks, kita menyamakan sesuatu perkataan atau makna dalam teks sumber kepada teks sasaran. Kawan-kawan sekalian, untuk mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil. Makanya, kita sebagai seorang penterjemah perlu bijak bertindak mencari padanan yang sesuai dengan kehendak teks sasaran. Dalam tajuk ini kita dapat lihat dan belajar. Apakah jenis padanan yang kita boleh kita gunakan ketika ingin menterjemah sesuatu teks. Nida (1964) ada memperkenalkan dua jenis padanan. Haa kawan-kawan boleh lihat contoh gambar di bawah. Kita boleh menggunakan padanan formal. Salah satu contoh untuk padanan formal ini ialah apabila kata nama dalam teks sumber juga diterjemahkan sebagai kata nama dalam teks sasaran.
Baiklah kawan-kawan dan pembaca sekalian. Semoga nota ini sedikit sebanyak membantu anda semua untuk memahami apa itu PADANAN TERJEMAHAN. Jumpa untuk kuliah yang seterusnya. Assalamualaikum
Comments
Post a Comment