
Assalamualaikum semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria. Syukur masih diberi peluang dan kesempatan untuk menghadiri kelas Terjemahan yang sangat sarat dengan ilmu ni. Tajuk kali ni merupakan sambungan dari tajuk minggu lepas. Dapat kita lihat di sini, makna dalam sesuatu terjemahan mempunyai lapan jenis. Iaitu, makna rujukan, makna leksikal, makna gramatikal, makna konteks, makna sosio-kultural, makna konotasi, makna emosi dan juga makna figuratif.
Sebagai contohnya, saya akan menerangkan sedikit tentang makna emosi.

Haa kawan-kawan. Emosi juga adalah makna. Bermaksud, ianya mesti diterjemahkan dengan betul. Seperti: madu, babi, lembu dan anjing. Emosi akan menjadi makna yang sensitif apabila seseorang yang ada hubungan dengan perkataan ini, keadaan apabila menggunakan sesuatu emosi dan juga suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu.
Baiklah semua. Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi.
ASNA HAYANI BINTI ANUAR
A167788
Comments
Post a Comment