FEBRUARI 19, 2019

Hai , Assalamualaikum semua 😁 !
Harini nak story mory pasal first kuliah terjemahan arab-melayu-arab 1 minggu lepas , haritu aku taktahu kenapa mood masing-masing lain macam . Kuliah sepatutnya mula jam 2 petang tapi kawan-kawan aku semua dah sampai awal sebelom jam 2 . Nampak tak eksaitednya mereka tu (?) HAHAHAHAHAHAHA 😂.
Sampai je dewan , nampak macam dah penuh , tapi ada sit bahagian belakang ade kosong , so aku duduk jelah . Memang takde pilihan lain lah kan . Suasana dewan time agak bising jugak lah . Ada yang tengah borak² main fon masing² hahaha sebab lecturer tak masuk lagi .
Tiba² , suasana bising tadi menjadi senyap . Nak expect ape ? Ofkos lah lecturer dah melangkah masuk dalam dewan kuliah . Dari pintu masuk dewan kuliah tu aku dah start staring dekat ustazah sampai lah ustazah duduk dekat tempat mengajar . ( orang lain tu taktahu lah sama macam aku ke tak ) Okay kat situ first impression aku dah mula timbul 🧐. And aku expect ustazah ni macam garang . Itu kalau dilihat dari raut wajah ustazah lah .
Betol lah orang kata kadang² first impression tak betol pon hahahaha kita kena kenal orang tu dulu baru kita boleh tahu personalitinya mcm mana😉 . Ustazah start kuliahnya dengan sesi taaruf dengan semua pelajar pengajian arab . And ustazah juga berkongsi serba sedikit tentang pengalaman dan ustazah juga memperkenalkan diri kepada kami .
Bagi aku , lecterur untuk subjek ni memang best and kelakar . Walaupun ustazah belom start sesi pembelajaran lagi tapi aku dah boleh agak . Nampak lah beliau mempunyai sifat penyayang sifat lemah lembut dan boleh anggap macam mak kita lah 😇😍 .
Rasanya cukup sampai disini sahaja dulu . Next time aku akan update lagi . Nantikan post yang seterusnya !
Byeee 💖😃
-Posted by : Nurul Rabi'atul Adawiyah Binti Ruzaini-
Comments
Post a Comment