LARAS BAHASA

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya masih bersemangat nak baca blog pembelajaran ni. Minggu ni "Laras Bahasa" menjadi tajuk yang dipelajari. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam tajuk ini.


KONSEP LARAS BAHASA

  • Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan seharian.Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa itu berlangsung.
  • Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan atau barat dapat dirumuskan bahawa laras bahasa yang berbeza bentuk dan penggunaanya mengikut situasi tertentu dang bidang tertentu
Faham tak kawan-kawan? Baiklah. Untuk pengetahuan, laras bahasa perlu digunakan dengan betul tau kawan-kawan. Misalnya, kita bertemu dengan seorang bangsawan atau orang ternama. Maka, kita perlu menggunakan pertuturan yang setaraf dengannya. Mungkin dengan panggilan tuan atau puan adalah lebih baik berbanding dengan panggilan encik.
Selain itu, saya ingin mengongsikan kepada semua pembaca tentang jenis-jenis laras bahasa. Laras bahasa ada banyak jenis.


Haaa..Banyak kan jenisnya?  Setiap jenis laras bahasa mempunyai fungsinya tersendiri. Contohnya, laras bahasa sastera . Laras sastera biasanya menggunakan cetusan idea, imaginasi dan juga kiasan. Jika kita lihat atau membaca syair, sudah pasti laras bahasa yang digunakan mengandungi kata-kata sastera dan amat figuratif. Begitu juga dengan laras bahasa yang lain.  Baiklah. Setakat itu sahaja perkongsian untuk tajuk ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Jumpa lagi. Assalamualaikum.


ASNA HAYANI BINTI ANUAR
A167788

Comments

Popular posts from this blog

PADANAN TERJEMAHAN

KULIAH PERTAMA