20 MAC, 2019

Assalamualaikum semua 💟! Moga kalian yang membaca ini dalam keadaan yang sihat wal'afiat dan sentiasa ceria gembira dengan kehidupan yang kita lalui seharian 💞. Senyum selalu iyee :'))

Tajuk kuliah kalini bagi aku best . YESSSS SANGAT BEST :')) Tapi tak bermakna lah topik yang diperbincangkan dalam kuliah-kuliah sebelom aku tak suka tak best , bukan begitu tau 🙊🙉🙉 !

Minggu ni kami didedahkan dengan JENIS-JENIS TERJEMAHAN dimana terdapat dua jenis terjemahan iaitu 🌸TERJEMAHAN LISAN🌸 dan 🌸TERJEMAHAN TULISAN🌸  - secara umumnya :'))

Manakala, kami juga didedahkan dengan beberapa tokoh yang memberi pendapat tersendiri mengenai terjemahan ini. Antaranya :-


1. ROBERT LADO 🤵 : beliau mengatakan bahawa terjemahan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu terjemahan faktual iaitu memindahkan maklumat dalam bentuk fakta seperti buku dan surat khabar. Bahagian yang kedua adalah terjemahan sastera iaitu mementingkan teks asal dan kesenian kesusasteraan itu sendiri seperti prosa.

2. ROMAN JACOBSON 🤵 : beliau mengatakan bahawa terjemahan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu terjemahan intralingual, interlingual dan intersemiotik. Terjemahan interlingual ialah terjemahan dari satu bahasa ke bahasa yang lain seperti terjemahan daripada bahasa melayu kepada arab. Terjemahan intralingual pula ialah terhadap penterjemahan variasi-variasi bahasa yang terdapat dalam sesuatu bahasa seperti bahasa kasar ke bahasa melayu. Yang terakhir iaitu intersemiotik adalah terjemahan dalam bentuk simbol atau tanda ke dalam suatu bahasa atau bentuk yang lain. Contohnya, bahasa isyarat dipindahkan ke dalam bahasa tulisan atau lisan.

3. PETER NEWMARK 👨‍💼 : beliau mengatakan bahawa terjemahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu terjemahan komunikatif  dan terjemahan semantik. Terjemahan komunikatif adalah menterjemah dengan  menggunakan istilah yang umum dan menyeluruh. Terjemahan semantik pula adalah menghuraikan makna konteks yang terdapat dalam teks asal dengan tepat, setakat yang dibenarkan.

Okay rasanya dah cukup panjang dah ni hahahahhaha so kalian stay tuned untuk next post ya 😘😉 ! Banyak lagi input-input yang boleh dikongsikan dengan pembaca sekalian. :'))

Wassalamu 💖.

- Posted by Nurul Rabi'atul Adawiyah -

Comments

Popular posts from this blog

LARAS BAHASA

PADANAN TERJEMAHAN

KULIAH PERTAMA