Posts

Mei 14. 2019

Image
Hai semua . Lama tak update info-info ilmiah ni . . . . . . Untuk minggu ke 12 ni, tajuk yang kami pelajari adalah MAKNA TERJEMAHAN . Makna perkataan dipengaruhi oleh posisi dalam ayat, bidang ilmu dan situasi pemakaian dan budaya penutur. Jenis-jenis makna terbahagi kepada 8 : 🌷MAKNA RUJUKAN : πŸŒ€ setiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. selain itu, makna tiap-tiap perkataan adalah kabur dan samar2 ataupun tidak tepat. cth : Rumah --> rumah banglo/rumah pangsa/rumah panjang 🌷MAKNA LEKSIKAL πŸŒ€ makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dans sebagainya. selain itu, ianya juga disebut dalam makna kata kamus. Makna leksikal in juga tidak dapat memastikan mana satu makana yang sesuai untuk dipadankan. cth : bad membawa makna jelek, tidak sedap, susah, jahat 🌷MAKNA GRAMATIKAL πŸŒ€ makna leksikal iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari segi fungsi tatabahasanya cth : can --> dapat, tin, mengetinkan ( 1. They can the fish : can ...

Mei 7, 2018

Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡ [ WEEK 11 πŸ’Ÿ ] Tajuk : PADANAN TERJEMAHAN ----> padanan terjemahan adalah mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa yang dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Terdapat TIGA BAHAGIAN padanan terjemahan :- 1) PADANAN FORMAL  * cuba hasilkan hasil menterjemah semula bentuk / isi secara literal / makna yang tepat * hasilkan semula elemen formal : tatabahasa / pengekalan makna / keselarian penggunaan makna * kedudukan ungkapan frasa dan ayat dikekalkan * pelihara semua petunjuk formal : tanda baca / perenggan * pembaca faham teks asal dan guna elemen budaya yang asal 2) PADANAN DINAMIS  * penterjemah tidak terikat dengan bentuk asal * hasil bentuk terjemahan yang tersendiri * tidak memaksa pembaca faham teks asal untuk faham mesej yang ingin disampaikan 3) PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT  * menyarankan padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan gaya ---> maklumat yang sama disali...

Final week: Week-1️⃣4️⃣

Image
Assalamualaikum dan hai kawan-kawan semua πŸ™‹πŸ»‍♀️ Akhirnya, minggu yang amat ditunggu-tunggu oleh semua pelajar telahpun tiba. Minggu terakhir kuliah dan semua pun sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya πŸŽ‰ Pada minggu ini, Dr. Maheram telah membatalkan kelas Terjemahan Arab-Melayu-Arab dan membuka peluang kepada semua pelajar untuk mengajukan sebarang soalan berkaitan dengan ketidakfahaman mengenai tajuk-tajuk kuliah yang telah dipelajari. Selain itu, Dr. Maheram juga telah membuka sebuah perbincangan di dalam ifolio mengenai tajuk syarat penterjemah berdasarkan perihal isu semasa. Kesemua pelajar telah memberi respon serta jawapan yang amat bernas sekali disamping dapat berkomgsi ilmu sesama sendiri. Secara keseluruhannya, subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab ataupun singkatannya TAMA ini amat seronok sekali setelah dipelajari oleh kami selama 14 minggu. Pelbagai ilmu baharu telah kami perolehi dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Semoga A...

TERJEMAHAN TEKS SASTERA

Image
ASSALAMUALAIKUM WBT Semoga semuanya dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah InshaaAllah. Pejam celik perjalanan kita untuk semester dua ini sudah hampir ke penghujungnya. Semangat perlu diteruskan untuk menghabiskan sisa yang berbaki. Semoga terus diberi kekuatan dan kesabaran. Aaamiin. Baiklah. Kuliah sebelim ini kita sudah dijelaskan tentang penterjemahan Al-Quran. Minggu ini, kita akan lihat tajuk Terjemahan Teks Sastera . Apakah itu teks sastera? Teks sastera adalah sebarang teks yang menggunakan bahasa dengan gaya penulisan yang kreatif, melalui cara-cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. Sebagai contohnya: Syair, pantun, cerpen dan gurindam. Gambar di sebelah adalah contoh bagi teks sastera ya kawan-kawan. Asna Hayani binti Anuar(A167788)

PEMBENTANGAN ' TERJEMAHAN AL-QURAN' OLEH RAKAN-RAKAN SEKELAS

Image
Assalamualaikum semua. Bertemu kembali dalam bulan yang penuh berkat dan kemuliaan ini. Alhamdulillah. Dalam bulan Ramadan ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran. Banyak tau pahalanya kawan-kawan bila kita membaca Al-Quran. Daripada membawang perkara yang lagha, adalah lebih baik kita tadarus dan tadabur kitab suci Al-Quran. Haa bercakap tentang Al-Quran, kebetulan minggu ni kita belajar tentang Penterjemahan Al-Quran dalam kuliah kali ini. Tajuk yang sangat menarik. Bertambah menarik apabila dibentang oleh rakan-rakan sekelas. Zaman kini, kita dapat lihat sudah banyak tafsir Al-Quran seperti di masjid, kedai buku dan di mana sahaja. Al-Quran tidak diterjemah oleh sembarangan orang melainkan cukup syarat-syarat seperti berikiut: Mahir dalam Nahu, Sorof, Bahasa Arab, Hadis ,Balaghah, Qiraat dan banyak lagi. Adapun, terjemahan al-Quran terbahagi kepada dua iaitu harfiah dan tafsiriah. Huraian bagi TERJEMAHAN HARFIAH: Huraian bagi TERJEMAHAN ...

Minggu-1️⃣3️⃣: Terjemahan Teks Sastera-Puisi

Image
Assalamualaikum dan bertemu kita kembali di minggu kedua yang terakhir ini. πŸ‘πŸ» Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai tajuk di atas. πŸ‘†πŸ» TEKS SASTERA  πŸ“œ • Definisi: Teks yang menggunakan gaya penulisan yang kreatif melalui cara stilistik dengan tujuan khusus untuk hasilkan teks bersifat estetik • Jenis: Puisi (syair, pantun, gurindam) & Prosa (cerpen, novel) PUISI  πŸ–Š • Definisi:  Kata-kata yang berwazan, berqafiyah dan menunjukkan makna • Ciri-ciri: mengungkapkan perkara dengan emosi dan perasaan yang kuat • Penterjemah: memiliki bakat kepenyairan, tahu menikmati dan menghayati puisi, meminati puisi, seorang penyair • Kaedah Menterjemah: 1. Terjemahan Fonemik = mencipta kembali bunyi dalam teks asal ke teks sasaran 2. Terjemahan Literal = teks asal diterjemah kata demi kata dan menyebabkan ia tidak boleh difahami 3. Terjemahan Metrikal/polairama = mencipta terjemahan semula metre puisi asal dalam puisi terjemaha...

Penterjemahan Al-Quran

Image
Assalamualaikum dan salam minggu ke-12 buat semua pembaca πŸ‘πŸ» DEFINISI TERJEMAHAN  ‼️ • mengungkap makna teks asal dengan kata lain dalam bahasa kedua secara jujur kepada semua makna dalam teks pertama MENTERJEMAH AL - QURAN  πŸ”Ž • dilakukan sehingga kini • penting kepada umat Islam yang kurang menguasai bahasa arab • sebagai alat bantu untuk faham makna al-Quran • salah satu cara berdakwah • menyumbang kepada perkembangan Islam HUKUM MENTERJEMAH AL - QURAN  ⚠️ HARAM ❌ • al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain melainkan bahasa arab • al-Quran dan susunannya mu’jiz. Jadi ia tidak boleh diterjemahkan • ulama’ yang menentang: Qattan & Rashid Rida • rasulullah dan sahabat tidak pernah menterjemah al-Quran • terjemahan harfiyyah @ tafsiriyyah   HARUS ✔️ • ulama’ yang mengharuskan = al - Zarqani & al - Shatibi & al - Zamakhshari • al-Quran ialah sumber rujukan - perlu diterjemah untuk difahami okeh bangsa lain ...