Final week: Week-1️⃣4️⃣

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan semua 🙋🏻‍♀️

Akhirnya, minggu yang amat ditunggu-tunggu oleh semua pelajar telahpun tiba. Minggu terakhir kuliah dan semua pun sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya 🎉

Pada minggu ini, Dr. Maheram telah membatalkan kelas Terjemahan Arab-Melayu-Arab dan membuka peluang kepada semua pelajar untuk mengajukan sebarang soalan berkaitan dengan ketidakfahaman mengenai tajuk-tajuk kuliah yang telah dipelajari.

Selain itu, Dr. Maheram juga telah membuka sebuah perbincangan di dalam ifolio mengenai tajuk syarat penterjemah berdasarkan perihal isu semasa. Kesemua pelajar telah memberi respon serta jawapan yang amat bernas sekali disamping dapat berkomgsi ilmu sesama sendiri.

Secara keseluruhannya, subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab ataupun singkatannya TAMA ini amat seronok sekali setelah dipelajari oleh kami selama 14 minggu. Pelbagai ilmu baharu telah kami perolehi dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Semoga Allah memberkati segala curahan ilmu yang telah diberikan oleh Dr. Maheram kepada kami semua aaminn. Terima kasih doktor 😊.

Posted by: Nurul Farahana Binti Azman A171887 (week 14)

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami, pelajar tahun 1 Pengajian Arab & Tamadun Islam 🎉

Comments

Popular posts from this blog

LARAS BAHASA

PADANAN TERJEMAHAN

KULIAH PERTAMA