MAC 5, 2019




Hai , assalamualaikum semua ! 💖

Minggu ni dah masuk minggu yang ke-3 tau . Ha jangan buat2 lupa eh hahahaha😂😉 . Saja lah nak ingat kan , takut ada yang terlepas pandang atau dia memang saja taknak ambil tahu hm tu taktahu lah .

Okay untuk minggu kalini kami terpaksa backup dua topik dalam sehari . Mujur lah kedua-dua topik tu mudah untuk difahami . ALHAMDULILLAH ! 😁 Bak kata DR MAHERAM , " kalau saya tak ajar dalam kuliah pon kamu akan faham sendiri melalui pembacaan kendiri " . Itu kata pensyarah kami . Tapi bagi kami ,  bimbingan daripada pensyarah juga penting untuk meningkatkan lagi kefahaman kami 👍🤭.

Nak tahu apa yang kami belajar pada kuliah ketiga ni ?
Ha meh sini saya share dengan korang ye !

Dalam kuliah ketiga ni , kami didedahkan dengan DEFINISI TERJEMAHAN dan KELAYAKAN PENTERJEMAH itu sendiri .

Untuk pengetahuan korang , definisi terjemahan ini boleh dilihat dari dua aspek tau iaitu :
1. Kamus
2. Pandangan Sarjana ( contoh : Finlay , Nida dan Catford ) - boleh google untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Salah satu tujuan untuk menterjemah ini adalah untuk memahami teks yang tidak difahami. Jadinya seorang itu perlu mengetahui.

Okay semua , disini saya juga nak share lah beberapa kelayakan penterjemah ni . Antaranya adalah
tahu bahasa sumber , tahu bahasa sasaran , tahu topik / subjek yang diterjemah , tahu teori terjemahan dan yang terkhir adalah sasaran pembaca.

Maaf atas kekurangan 🙏 . Saya cuma share apa yang saya belajar  . Moga bermanfaat kepada mereka yang membacanya . InsyaAllah !😘💗

Wassalamu .


- Posted by : Nurul Rabi'atul Adawiyah Binti Ruzaini -


















Comments

Popular posts from this blog

LARAS BAHASA

PADANAN TERJEMAHAN

KULIAH PERTAMA