Muaskar Lughawi 😇

Assalamualaikum semua. Pada minggu lepas, kami tidak dapat berjumpa dengan pensyarah kami, Dr Maheram. Hal ini kerana pada hari tersebut kami diberi penerangan tentang kem yg kami sertai selama 3 hari. Jumaat, Sabtu dan Ahad.🤭
Pada mulanya, satu kelas seperti tidak rela utk menyertai kem tersebut kerana kem kami diadakan di institut kefahaman islam malaysia, Port Dickson. Kami berasa gementar kerana kami akan dilatih oleh askar di kem tersebut.🤐
Kami menjalani kem tersebut dengan rasa yg sedikit letih namun gembira dapat menimba banyak pengalaman baru. Saya berasa sangat kagum dengan askar di kem tersebut kerana mereka menjalani latihan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab. Bukan semua orang mampu melakukan seperti mereka.😍
Pengalaman yg tak dapat saya lupakan ketika berada di kem tersebut ialah saya menjalani latihan yg dijalani oleh askar ataupun dipanggil physical training ataupun p.t. Latihan yg dijalankan membuatkan ramai sakit kaki hehe. Tapi, kami berasa sangat seronok kerana pengalaman ini kami tidak akan dapat di tempat lain. P.t hari kedua sangat mencabar. Kami berlari di sekitar kawasan kem. Apa yg paling saya teruja ialah saya dapat menjalani latihan seperti dalam cerita kegemaran saya, Leftenan Zana iaitu berlari sambil menyanyi lagu askar. 😂
Selain itu, saya gembira kerana dapat menaiki trak askar sewaktu khidmat masyarakat di Masjid Kampung Baru, Port Dickson. Sewaktu pergi, saya menaiki kereta pegawai tentera perempuan berpangkat Mejar kerana saya dan kawan2 tidak muat untuk menaiki trak .Sewaktu balik, trak yang dibawa sangat laju dan saya hanya mampu gelak kerana sangat teruja dan seronok. Namun, ada kawan saya yg hampir muntah kerana tidak suka menaiki trak.😆
Saya harap kem ini dapat dijalankan setiap tahun untuk pelajar tahun satu membina fizikal dan mental yg kuat. 💪Sekian daripada saya, zahirah.

Comments

Popular posts from this blog

LARAS BAHASA

PADANAN TERJEMAHAN

KULIAH PERTAMA