Posts

Showing posts from 2019

Mei 14. 2019

Image
Hai semua . Lama tak update info-info ilmiah ni . . . . . . Untuk minggu ke 12 ni, tajuk yang kami pelajari adalah MAKNA TERJEMAHAN . Makna perkataan dipengaruhi oleh posisi dalam ayat, bidang ilmu dan situasi pemakaian dan budaya penutur. Jenis-jenis makna terbahagi kepada 8 : 🌷MAKNA RUJUKAN : 🌀 setiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. selain itu, makna tiap-tiap perkataan adalah kabur dan samar2 ataupun tidak tepat. cth : Rumah --> rumah banglo/rumah pangsa/rumah panjang 🌷MAKNA LEKSIKAL 🌀 makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dans sebagainya. selain itu, ianya juga disebut dalam makna kata kamus. Makna leksikal in juga tidak dapat memastikan mana satu makana yang sesuai untuk dipadankan. cth : bad membawa makna jelek, tidak sedap, susah, jahat 🌷MAKNA GRAMATIKAL 🌀 makna leksikal iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari segi fungsi tatabahasanya cth : can --> dapat, tin, mengetinkan ( 1. They can the fish : can ...

Mei 7, 2018

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته [ WEEK 11 💟 ] Tajuk : PADANAN TERJEMAHAN ----> padanan terjemahan adalah mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa yang dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Terdapat TIGA BAHAGIAN padanan terjemahan :- 1) PADANAN FORMAL  * cuba hasilkan hasil menterjemah semula bentuk / isi secara literal / makna yang tepat * hasilkan semula elemen formal : tatabahasa / pengekalan makna / keselarian penggunaan makna * kedudukan ungkapan frasa dan ayat dikekalkan * pelihara semua petunjuk formal : tanda baca / perenggan * pembaca faham teks asal dan guna elemen budaya yang asal 2) PADANAN DINAMIS  * penterjemah tidak terikat dengan bentuk asal * hasil bentuk terjemahan yang tersendiri * tidak memaksa pembaca faham teks asal untuk faham mesej yang ingin disampaikan 3) PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT  * menyarankan padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan gaya ---> maklumat yang sama disali...

Final week: Week-1️⃣4️⃣

Image
Assalamualaikum dan hai kawan-kawan semua 🙋🏻‍♀️ Akhirnya, minggu yang amat ditunggu-tunggu oleh semua pelajar telahpun tiba. Minggu terakhir kuliah dan semua pun sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya 🎉 Pada minggu ini, Dr. Maheram telah membatalkan kelas Terjemahan Arab-Melayu-Arab dan membuka peluang kepada semua pelajar untuk mengajukan sebarang soalan berkaitan dengan ketidakfahaman mengenai tajuk-tajuk kuliah yang telah dipelajari. Selain itu, Dr. Maheram juga telah membuka sebuah perbincangan di dalam ifolio mengenai tajuk syarat penterjemah berdasarkan perihal isu semasa. Kesemua pelajar telah memberi respon serta jawapan yang amat bernas sekali disamping dapat berkomgsi ilmu sesama sendiri. Secara keseluruhannya, subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab ataupun singkatannya TAMA ini amat seronok sekali setelah dipelajari oleh kami selama 14 minggu. Pelbagai ilmu baharu telah kami perolehi dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Semoga A...

TERJEMAHAN TEKS SASTERA

Image
ASSALAMUALAIKUM WBT Semoga semuanya dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah InshaaAllah. Pejam celik perjalanan kita untuk semester dua ini sudah hampir ke penghujungnya. Semangat perlu diteruskan untuk menghabiskan sisa yang berbaki. Semoga terus diberi kekuatan dan kesabaran. Aaamiin. Baiklah. Kuliah sebelim ini kita sudah dijelaskan tentang penterjemahan Al-Quran. Minggu ini, kita akan lihat tajuk Terjemahan Teks Sastera . Apakah itu teks sastera? Teks sastera adalah sebarang teks yang menggunakan bahasa dengan gaya penulisan yang kreatif, melalui cara-cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. Sebagai contohnya: Syair, pantun, cerpen dan gurindam. Gambar di sebelah adalah contoh bagi teks sastera ya kawan-kawan. Asna Hayani binti Anuar(A167788)

PEMBENTANGAN ' TERJEMAHAN AL-QURAN' OLEH RAKAN-RAKAN SEKELAS

Image
Assalamualaikum semua. Bertemu kembali dalam bulan yang penuh berkat dan kemuliaan ini. Alhamdulillah. Dalam bulan Ramadan ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran. Banyak tau pahalanya kawan-kawan bila kita membaca Al-Quran. Daripada membawang perkara yang lagha, adalah lebih baik kita tadarus dan tadabur kitab suci Al-Quran. Haa bercakap tentang Al-Quran, kebetulan minggu ni kita belajar tentang Penterjemahan Al-Quran dalam kuliah kali ini. Tajuk yang sangat menarik. Bertambah menarik apabila dibentang oleh rakan-rakan sekelas. Zaman kini, kita dapat lihat sudah banyak tafsir Al-Quran seperti di masjid, kedai buku dan di mana sahaja. Al-Quran tidak diterjemah oleh sembarangan orang melainkan cukup syarat-syarat seperti berikiut: Mahir dalam Nahu, Sorof, Bahasa Arab, Hadis ,Balaghah, Qiraat dan banyak lagi. Adapun, terjemahan al-Quran terbahagi kepada dua iaitu harfiah dan tafsiriah. Huraian bagi TERJEMAHAN HARFIAH: Huraian bagi TERJEMAHAN ...

Minggu-1️⃣3️⃣: Terjemahan Teks Sastera-Puisi

Image
Assalamualaikum dan bertemu kita kembali di minggu kedua yang terakhir ini. 👐🏻 Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai tajuk di atas. 👆🏻 TEKS SASTERA  📜 • Definisi: Teks yang menggunakan gaya penulisan yang kreatif melalui cara stilistik dengan tujuan khusus untuk hasilkan teks bersifat estetik • Jenis: Puisi (syair, pantun, gurindam) & Prosa (cerpen, novel) PUISI  🖊 • Definisi:  Kata-kata yang berwazan, berqafiyah dan menunjukkan makna • Ciri-ciri: mengungkapkan perkara dengan emosi dan perasaan yang kuat • Penterjemah: memiliki bakat kepenyairan, tahu menikmati dan menghayati puisi, meminati puisi, seorang penyair • Kaedah Menterjemah: 1. Terjemahan Fonemik = mencipta kembali bunyi dalam teks asal ke teks sasaran 2. Terjemahan Literal = teks asal diterjemah kata demi kata dan menyebabkan ia tidak boleh difahami 3. Terjemahan Metrikal/polairama = mencipta terjemahan semula metre puisi asal dalam puisi terjemaha...

Penterjemahan Al-Quran

Image
Assalamualaikum dan salam minggu ke-12 buat semua pembaca 👐🏻 DEFINISI TERJEMAHAN  ‼️ • mengungkap makna teks asal dengan kata lain dalam bahasa kedua secara jujur kepada semua makna dalam teks pertama MENTERJEMAH AL - QURAN  🔎 • dilakukan sehingga kini • penting kepada umat Islam yang kurang menguasai bahasa arab • sebagai alat bantu untuk faham makna al-Quran • salah satu cara berdakwah • menyumbang kepada perkembangan Islam HUKUM MENTERJEMAH AL - QURAN  ⚠️ HARAM ❌ • al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain melainkan bahasa arab • al-Quran dan susunannya mu’jiz. Jadi ia tidak boleh diterjemahkan • ulama’ yang menentang: Qattan & Rashid Rida • rasulullah dan sahabat tidak pernah menterjemah al-Quran • terjemahan harfiyyah @ tafsiriyyah   HARUS ✔️ • ulama’ yang mengharuskan = al - Zarqani & al - Shatibi & al - Zamakhshari • al-Quran ialah sumber rujukan - perlu diterjemah untuk difahami okeh bangsa lain ...

MAKNA DALAM TERJEMAHAN

Image
 Assalamualaikum semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria. Syukur masih diberi peluang dan kesempatan untuk menghadiri kelas Terjemahan yang sangat sarat dengan ilmu ni.  Tajuk kali ni merupakan sambungan dari tajuk minggu lepas. Dapat kita lihat di sini, makna dalam sesuatu terjemahan mempunyai lapan jenis. Iaitu, makna rujukan, makna leksikal, makna gramatikal, makna konteks, makna sosio-kultural, makna konotasi, makna emosi dan juga makna figuratif.  Sebagai contohnya, saya akan menerangkan sedikit tentang makna emosi.  Haa kawan-kawan. Emosi juga adalah makna. Bermaksud, ianya mesti diterjemahkan dengan betul. Seperti: madu, babi, lembu dan anjing. Emosi akan menjadi makna yang sensitif apabila seseorang yang ada hubungan dengan perkataan ini, keadaan apabila menggunakan sesuatu emosi dan juga suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu. Baiklah semua. Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi. ...

* PADANAN TERJEMAHAN*

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji-pujian kita ucapkan kepada Allah kerana masih diberi nikmat untuk berada dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa diucapkan. Semoga semua amalan kita diterima Allah inshaaAllah. Baiklah. Pada minggu ini, kita meninjau tajuk yang agak penting dalam terjemahan iaitu 'Padanan Terjemahan'.  Untuk pengetahuan semua, dalam bab kali ini kita dapat lihat bahawa penterjemahan itu ialah kerja padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran. Apa itu PADANAN? Haa kata ringkasnya ialah apabila kita hendak menterjemah sesuatu teks, kita menyamakan sesuatu perkataan atau makna dalam teks sumber kepada teks sasaran. Kawan-kawan sekalian, untuk mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil. Makanya, kita sebagai seorang penterjemah perlu bijak bertindak mencari pad...

PADANAN TERJEMAHAN

Image
Seperti tajuk yang tertera di atas, semua pasti tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan PADANAN TERJEMAHAN tu? Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981) • penterjemahan ialah kerja mencari padanan paling tepat dan sesuai dengan makna asal bagi dalam teks sumber agar makna asal berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran . KONSEP PADANAN • Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap mustahil. • Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan. • Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan. PADANAN TERJEMAHAN • diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik  • usaha untuk mendapatkan terminologi yang lebih berotonomi NIDA (1964) • 4 jenis padanan dalam penterjemahan: 1. satu lawan satu 2. satu lawan banyak 3. banyak lawan satu 4. satu lawan tiada • padanan formal =  Penterjemah menghasilkan semula bentuk da...

APRIL 23, 2019

Heyyo gais 🥰 ! Ni dah masok minggu ke 9 tau . Maka pada mereka yang bergelar mahasiswa/i pasti akan merasakan minggu-minggu penghujung ni sebagai minggu yang penat 🤧😵🥴 dan terpaksa marathon untuk esaimen dengan sehabis baik sebelum final exam berlangsung . Moga Allah SWT mudahkan urusan kita semua InsyaAllah 🤲💖 . Untuk pengetahuan semua, kuliah kalini agak berlainan sedikit berbanding kuliah sebelom² ini dimana pada kuliah sebelum² ni slide dibentangkan oleh pensyarah sendiri tetapi pada minggu ini slide pensyarah dibentangkan oleh pelajar yang bertuah . Seramai 6 orang pelajar telah dipilih untuk membentangkan tajuk pada kali ini 👏🏿💥 . Sistem pembelajaran sebegini akan terus berlangsung sehingga lah minggu terakhir kuliah ( weeks 14 ) Pada pendapat saya , sistem ini sebenarnya membantu pelajar untuk membina kekuatan diri 💪😁 dalam memberi pengucapan dihadapan khalayak ramai tanpa ada rasa malu dalam diri . Selain itu, dengan cara ini secara tidak langsung bahagian yang...

LARAS BAHASA

Image
Assalamualaikum semua. Semoga semuanya masih bersemangat nak baca blog pembelajaran ni. Minggu ni "Laras Bahasa" menjadi tajuk yang dipelajari. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam tajuk ini. KONSEP LARAS BAHASA Laras didefinisikan sebagai  kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan seharian .Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa itu berlangsung. Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan atau barat dapat dirumuskan bahawa  laras bahasa yang berbeza bentuk dan penggunaanya mengikut situasi tertentu dang bidang tertentu Faham tak kawan-kawan? Baiklah. Untuk pengetahuan, laras bahasa perlu digunakan dengan betul tau kawan-kawan. Misalnya, kita bertemu dengan seorang bangsawan atau orang ternama. Maka, kita perlu menggunakan pertuturan yang setaraf dengannya. Mungkin dengan panggilan tuan atau puan adalah lebih baik berbanding deng...

L A R A S B A H A S A

Image
Hai dan assalamualaikum buat semua pembaca ! Pada minggu ke-10 ini, Dr. Maheram telah mengajar kami sebuah tajuk yang amat menarik sekali iaitu mengenai LARAS BAHASA . TAKRIF =  Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung. RAGAM BAHASA =  Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras. Beberapa orang tokoh telah menakrifkan laras bahasa mengikut pandangan masing-masing.  Jenis & ciri laras bahasa — Laras bahasa biasa — Laras bahasa perniagaan/iklan    — Laras bahasa sains — Laras bahasa media massa — Laras bahasa rencana — Laras bahasa undang-undang — LARAS BAHASA AGAMA — Laras bahasa sukan — Laras bahasa sastera/kreatif  — Laras ekonomi — Laras bahasa akademik — LARAS BAHASA AGAMA Terdapat kata yang menentukan taraf sosial penutur. Contohnya: –B eradu, santap, bersiram, murka, mangkat = istana ...

APRIL 16, 2019

Image
 💟 MENTERJEMAH FUNGSI AYAT 💟                    [ tajuk kuliah 8 ] Assalamualaikum dan hai semua ! Semua dah ready ke tu nak dgr sharing saya utk minggu ni 😇😚. Okay moga terus semangat baca setiap ilmu yg saya share dekat blog ni ye 😉. Tajuk kalini senang je dan mudah untuk difahami tau 😆 . Dalam kuliah ni, kami belajar bagaimana menterjemah fungsi ayat berdasarkan teori penting iaitu teori fungsi ayat. Untuk pengetahuan semua, ayat ini mempunyai dua fungsi iaitu BENTUK dan FUNGSI. Kadang-kadang penterjemah juga membuat kesilapan dalam menterjemah dimana kemungkinan bentuk ayat yang sama itu mungkin mempunyai fungsi dan makna yang berbeza. Fungsi ayat ini ditentukan oleh makna ayat. Let's check it out ! ☑️ Dari sudut makna, ayat terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif). [ AYAT MAKLUMAT  ] ⏯️ menterjemah ayat maklumat ini lebih mud...

K U L I A H 9

Image
MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA Assalamualaikum kawan-kawan. Untuk kuliah ke-9 ini, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai tajuk yang telah kami pelajari pada minggu ini iaitu Menterjemah Unsur Budaya . Apa itu BUDAYA ? Bahasa Sanskrit - Budhayyah Latin - Colere / culture ( mengerjakan atau bertani) Tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dan sebagainya), kemajuan (akal budi), kebudayaan KEBUDAYAAN  Keseluruhan cara hidup (cara bertindak, berkelakuan dan berfikir)  Hasil kegiatan dan penciptaan kebendaan atau kerohanian (masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi) BUDAYA & PENTERJEMAHAN Terjemahan Bahasa Terjemahan Budaya PEMBAHAGIAN BUDAYA Budaya Ekologi -  mengkaji makhluk hidup di habitatnya Budaya Sosial - adat resam dan kepercayaan masyarakat  Budaya Ideologi -  agama, kepercayaan, adat resam dan politik Budaya Material KAEDAH MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA Unsur budaya dikekal...

MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA

Image
Assalamualaikum buat semua. Semoga kita semua selalu dalam lindungan dan rahmat Allah inshaaAllah. Bersyukur masih diberi kesempatan untuk menatap wajah Dr Maheram dan rakan-rakan sekelas yang lain. Untuk pengetahuan semua pembaca, minggu ini tajuk yang dibentangkan oleh rakan- rakan sekelas kita ialah Menterjemah Unsur Budaya. Penerangan yang diberikan sangat menarik. Sebab apa menarik? Haa sebab kita belajar psal budaya orang lain juga.  Apa yang dapat disimpulkan dari tajuk berikut, kita sebagai penterjemah harus memahami bagaimana untuk menterjemah ayat atau perkataan yang berkaitan budaya. Misalnya, buah-buahan di negara Arab.  Ada buah yang boleh kita terjemahkan dan ada yang tidak boleh kita terjemahkan kerana bimbang pembaca tidak tahu akan budaya asal.  Dalam bab ini juga kita boleh memahami bagaimana hendak  berhadapan dengan situasi sesuatu budaya contohnya ialah kita hanya perlu kekalkan budaya sumber itu kemudian, kita terangkan konsep budaya dengan l...

K U L I A H 8 📆

Image
Diharapkan nota-nota di atas dapat dimanfaatkan oleh semua 😊 Posted by: Nurul Farahana Binti Azman (week 8)

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Image
Assalamualaikum semuaaaa😍😍😍 Dah kembali ke asal usul ni, makin sibuk la rakyat jelata UKM. Bagaimanapun, tahu tak minggu ni ustazah ajar bab apa?👀.  Haaa tengok tajuk balik. Minggu ni kami belajar macam mana nak terjemah fungsi ayat. Nampak macam senang. Hakikatnya tak senang kawan-kawan. Bila nak jadi penterjemah yang baik ni, setiap ayat tu kita kena tafsirkan, apakah fungsinya. Apakah bentuknya. Contohnya kan kawan-kawan semua... Boleh ambilkan saya secawan teh? Haaa dalam ayat tu ada tanda soal kan? Tetapi, ayat tersebut membawa fungsi suruh bukanlah suatu pertanyaan. Haaa banyak lagi contoh. Gambar dekat bawah ada menjelaskan serba sedikit apa yang terkandung dalam bab ni. Boleh la baca. Selain itu juga kawan-kawan sekalian, kita bukan sahaja perlu mengetahui apakah bentuk dan fungsi ayat apabila ingin menterjemah. Tetapi kita juga harus mengenal pasti makna fungsi bagi setiap ayat yang ingin diterjemahkan. Makna ayat ada 3 jenis: 1. Ayat maklumat: Berfungsi sebagai...

يوم العطلة- CUTI

Image
Assalamualaikum semua!!! Semoga kita selalu dalam rahmat dan lindungan Allah. InshaaAllah. Walaupun minggu cuti, tak rasa macam cuti sangat pun. Dalam kepala asyik teringat assignments yang teramat banyak🥺.  Boleh cakap semua subjek ada kerja. Nak taknak, kena hadap dan kena selesaikan. Betul tak kawan-kawan? Semoga kita selalu melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Hargailah masa yang kita ada. Nikmati setiap nikmat yang Allah berikan. Syukurlah ada kerja yang banyak. Jadi, tak adalah kita terlibat dengan perkara yang membuang masa.  Kita masing-masing dah besar. Boleh berfikir dan dapat membezakan mana yang baik dan buruk. Jika masa cuti kita hanya dihabiskan dengan telefon bimbit, di manakah waktu untuk keluarga kita? Waktu cuti inilah sepatutnya kita manfaatkan sebaiknya. Sebelah pagi mungkin kita sibuk dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan. Jadi, pada waktu tengahari luangkanlah pula masa untuk mewarna, bercerita dan makan bersama adik-adik kita....